Isnin, 26 Disember 2011

tajul mulok. mitos, kepercayaan, agama atau hanya budaya?

bismillahirahmanirahim

last monday aku ada dengar dari one of member aku.dia cakap ilmu ni kalau tanya kat orang tua, kompem diaorang tahu.

tajul mulok.

 urmmm.. mcm seram jer aku dengar nama kitab ni.

base on apa yang dia bagitau aku, ilmu tajul mulok ni adalah ilmu agama zaman dulu kala. mostly pasal jodoh pasangan, sama ada jodoh panjang atau tak. mengenai tarikh lahir, mengenali personaliti wanita just dari lihat jer, taksiran mimpi and banyak g la. siap dia ajar a few ajran yang dia belajar dari orang tua angkat dia.

firstly, memang aku excited sangat nak tahu ilmu ni, tapi dia cakap biasanya orang yang tahu ilmu ni akan ssh dapt jodoh. then, from excited aku jadi blur. a few hour pastu aku mula berfikir sendiri boleh percaya ke ilmu ini, boleh diterima ka ajaran ni, sahihka ilmu yang terkandung didalam nya.

then, dia jawab ini ilmu agama, memang betul. oleh kerana dia sendiri ckp berdasarkan tajul mulok, org yang aku suka dgn awek dia panjang jodoh. jeles la kan... jadi aku rasa makin curious n nak tau sgt pasal ilmu ni.

kalaula ini mmg ilmu agama islam, agama aku....  why myfather tak ajar o tak dedahkan ilmu ni kat aku. why tym aku study kat sekolah agama dulu tak muncol pun ilmu tajul mulok ni. nama mmg familiar but ilmu nya aku mmg zero nak tahu. kalau mmg ini ilmu agama islam why dalam pelajaran pendidikan syariah islamiah takde benda ni, y dalam pelajaran pendidikan quran assunah takde pun ilmu ni. or mayb ilmu agama aku tak setinggi ulama2 dulu n orang alim sekarang. aku takla sampai smbg ijazah or wat so ever kan, mayb sbb tu aku tak tahu kot.

so, disebabkan kecuriousan aku, aku search benda ni kat internet, kt wikipwedia dekat segala pelusuk sumber kecuali bukula, takde masa nak g library. sebab bagi aku benda ni just ramalan n bukan ilmu agama!

apa yang aku tahu, kitab ini ditulis oleh ulama daripada aceh yang mengumpul amalan2 ilmu2 di seluruh pelesok dunia. antara ilmu yang ada dalam tajul mulok boleh rujuk di sini. tapi dari amatan aku dan apa yang aku pelajari dari member aku, ilmu ni macam permainan kita zaman sekolah rendah dulu, yang main2 abjad, ada nombor2. dari sini aku tak yakin dengn ilmu ni adalah ilmu agama. bagi aku aku rasa, ini hanya amalan zaman dahulu. yang tak sahih dari kebenaran nya.

bagi aku, kalau soal jodoh, masa depan, maksud mimpi, tarikh laher semuanya cuma ALLAH S.W.T jer yang tahu. aku mengigatkan diri aku sendiri bahawa ilmu ini hanyala ilmu ulama zamn dahulu, bukan untuk dipercayai dan di ikuti. kepercayaan kepada tuhan lebih afdal dalam menyatakan soal jodoh!

menurut sumber yang boleh dipercayai, n banyak juga dah aku baca, kalau tak salah ilmu ni dah diharamkan oleh pihak jakim kerana mengandungi kandungan yang menyeleweng dan mengandungi bida'ah. harus unutuk aku menerangkan apa maksud bida'ah sebelum aku dikutuk buta ilmu. bida'ah bermaksud kesesatan dalam agama. mungkinla.. betulkan saya kalau saya salah ye..

nasihat dari saya, jika ingin menuntut ilmu (bagi mereka yg pada peringkat permulaan) gunalah kitab2 muktabar yg dikarang oleh mereka yang sahih keikhlasannya kepada Allah.. banyak kitab2 ini dijual di pasaran.. dan sudah tentulah terlebih baik lagi dengan berguru kerana takut kita tersalah tafsir apa yg dimaksudkan oleh kitab itu sebenarnya. sekian - hafizuka(sumber)

sini ada lagi banyak perbahasan mengenai ilmu tajul mulok ni. aku taknak cakap lebih2. kang ada pulak yang salah, aku pulak yg ditudoh ajaran sesat. just bagi aku kalau boleh tanakla ilmu ni, konfius aku. alhamdullillah aku dikurniakan ayah dan ibu yang sentiasa membimbing agama yang lurus ke jalan ALLAH, dan ilmu yang aku tuntut dari sekolah... takyahla main2 kitab ni, just untuk pengetahuan, yang penting amalan semua dari ALQURAN DAN SUNNAH. (:

mengenai bintang 12 pulak, tengok sini

kesimpulan nya

aku takla cakap ilmu ni tak betul.. mungkin ada yang benar. just untuk aku sendiri aku prefer ilmu agama islam berpandukan quran assunah. mungkin aku akan membuat sesape yang tuntut ilmu ni akan marah dengan statement aku. aku minta maaf sgt2, takde niat. just pendapat dari aku je. 

i like this entry... BACA, baca, baca dan BACA

amati tiap kata2 dalam gambar ni. tx to her



yang buruk datangnya dari kelemahan aku sendiri, yang baik semuanya dari ALLAH SWT.

*mcm takde bakat je nak jd ustazah..ustazah rock la~ ^^